Nazlan guna alasan luar biasa penghakiman penjarakan Najib

Rakyat paling terkilan dengan sikap acuh tak acuh Perdana Menteri Anwar Ibrahim membiarkan sistem kehakiman carca marba hanya dengan menggunakan alasan tiada campur tangan politik. Kredibiliti Anwar Ibrahim semakin buruk.

Oleh Norzahira

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh Hakim Rahman Sebli bahawa Hisyam tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.



Itu apa yang terjadi ketika perbicaraan permohonan Semakan Kehakiman kes SRC.

Perkara yang paling penting adalah penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan pada 28 Julai 2020. Beliau telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya.

Dua fakta penting

1. Kedua-dua pihak SPRM dan pihak bank telah memberitahu mahkamah bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta telah diterima dari Arab Saudi

2. Penghakiman bertulis (seperti dilampir) Hakim Nazlan turut mengakui terdapat pemindahan dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun bank atas nama Najib.



Memetik sumber, Penghakiman yang dibuat oleh Nazlan sangat luar biasa pelik. Beliau menolak ianya adalah derma dari Raja Abdullah dengan alasan bahawa rekod transaksi penghantar dari Arab Saudi hanya merupakan Putera keluarga diraja Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukan atas nama peribadi Raja Abdullah.

Dengan alasan ini, Hakim Nazlan menolak pembelaan bahawa Najib fikir dia sedang menggunakan derma dari Arab Saudi sebab dia tidak pernah dimaklumkan dan tidak pernah arahkan wang RM42 juta yang dikatakan berasal dari SRC untuk dimasukkan ke dalam akaun dia.

Namun, Hakim Nazlan tidak menjelaskan kenapa Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi sudi menghantar dana ratusan juta kepada Najib.

Adakah Raja Abdullah tidak boleh bertitah putera dan Kementerian Kewangan negara dia untuk menghantar derma kepada Najib?



Atau adakah Raja Arab Saudi perlu pergi ke kaunter bank secara peribadi untuk menghantar wang kepada Najib untuk menyakinkan Hakim Nazlan?

Lebih malang ialah biarpun bukti-bukti tersebut, Mahkamah Rayuan berdasarkan penghakiman Nazlan telah mengeluarkan kenyataan bahawa derma Arab merupakan satu cerita dongeng biarpun pihak bank, pihak SPRM dan rekod transaksi bank jelas membuktikan terdapat pemindahan ratusan juta dari Arab Saudi kepada Najib termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Ini adalah satu dari banyak lagi alasan luar biasa penghakiman yang menyebabkan kami dan Najib amat tidak berpuas hati dan tetap percaya bahawa Najib telah dinafikan perbicaraan yang adil melalui Hakim Nazlan yang langsung tiada pengalaman kes jenayah mahkamah tinggi ketika beliau dilantik untuk gantikan hakim Sofian setelah perbicaraan kes SRC bermula.

Pada hari Jumaat lalu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak turut berpendapat bahawa Najib telah dinafikan perbicaraan yang adil. Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia tahu Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Dan yang paling ramai rakyat terkilan dengan sikap acuh tak acuh Perdana Menteri Anwar Ibrahim membiarkan sistem kehakiman carca marba hanya dengan menggunakan alasan tiada campur tangan politik. Kredibiliti Anwar Ibrahim semakin buruk. Kerajaan Madani gagal memperjuangkan keadilan untuk Negarawan ulung.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker