Mufti Kelantan tegur Muhyiddin

 

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, menegur sikap segelintir ahli politik yang kurang tertib dalam berkata-kata sehingga sewenangnya mengeluarkan ‘fatwa haram’ kepada pihak tertentu.

Tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana pemimpin, namun teguran itu dikatakan buat Muhyiddin ucapan berkenaan dengan fatwa haramnya berisiko untuk mencetuskan permusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin politik supaya sebaiknya bercerita mengenai perkara dan usaha untuk membangunkan negara, bukan tuduh-menuduh antara satu sama lain yang akhirnya hanya mengundang sengketa.

“Bercakaplah hal politik (dan) siasah. Siasah ini adalah usaha untuk membangunkan negara. Bagi pandangan saya, lebih baik kita mengetengahkan isu dalam kempen (mengenai) apa yang mahu dibuat dan tidak menggunakan kempen untuk menjatuhkan satu sama lain.



“(Saya setuju) kalau tuduh menuduh itu seolah-olah sudah (dilihat) perkara biasa, bukan baharu. Tetapi yang kita tak mahunya kalau diseret kepada hal yang menyentuh hukum,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menyebut ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat yang bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu mengundang kecaman dan kritikan, selain diulang siar dan digunakan parti lawan untuk membuat serangan balas.

Elak berbalah sesama sendiri



Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, penyokong parti dan pemimpin tertentu juga diingatkan tidak bertindak di luar kawalan dengan memainkan serta memperbesar isu tertentu, yang akhirnya hanya mengundang perbalahan sesama sendiri.

“Penyokong pun kita mengharapkan (perkara sama)…sudah 66 tahun negara merdeka, maknanya kita sudah berada dalam situasi dewasa yang boleh berfikir dengan matang.

“Jadi masing-masing ketengahkanlah program (yang ingin dibuat) tanpa menghujah tentang isu peribadi.

“Maksudnya, bentangkan apa yang mahu dibawa (jika pemimpin atau parti mereka menang). Sebab, saya bimbang, takut kita menghujani peluru sesama sendiri, tenaga umat Islam akan terbuang begitu saja. Fikiran, tenaga, potensi, kemampuan umat Islam hangus dibakar oleh kita sesama sendiri.



“Sepatutnya kelebihan yang ada pada masing-masing itu kita bangunkan, bukan kita menghujani peluru untuk menghancurkan sesuatu pihak. Jadi kita takut, kalau kita tak berhati-hati, kita akan hilang segalanya,” katanya.

Beliau berkata, dalam sejarah umat Islam, kejatuhan mereka berpunca daripada perselisihan dan perpecahan sesama sendiri.

“Sudah jelas, sepanjang sejarah umat Islam perselisihan dan perpecahan akhirnya mengakibatkan atau menjadi faktor penyebab kepada kemunduran dan ketinggalan umat Islam itu sendiri.

“Perkara ini kita harus prihatin, jangan merumitkan keadaan atau pertembungan yang berlaku dalam kelompok umat ini, lebih-lebih lagi dengan memperbesarkan isu yang tak patut dibesarkan,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker