Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Kediaman seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh di ibu negara dipecah masuk, mengakibatkan kerugian lebih RM3.5 juta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata kejadian didakwa berlaku di Padang Balang, Sentul kira-kira jam 10 malam.



“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai kira-kira RM3 juta dilarikan penjenayah,” katanya.

Elly menggigil dicabul ustaz

Selain daripada itu, beberapa beg tangan berjenama dan barangan kemas milik ahli keluarga turut dilarikan. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan mencecah RM3.5 juta.



Ashari berkata, suspek dipercayai bertindak merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada rumah mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan untuk menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. VC

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker