DNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

DNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi dibuat oleh bekas peguam negara, Idrus Harun, dan tanpa campurtangan atau arahannya.

Katanya selaku perdana menteri, beliau tahu kesan daripada keputusan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap kestabilan politik dan negara tetapi akur dengan penjelasan Idrus yang tidak mahu melepaskan tanggungjawab dalam menguruskan kes itu kepada penggantinya.



“Tapi saya nak jelaskan, tak ada arahan (kepada) peguam negara (ketika itu), Idrus (Harun). Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan, kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis AGC yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.

“Beberapa fakta baharu (setebal) 200 halaman dikemukakan. Tentunya saya sebagai perdana menteri tahu kesan dari tuduhan yang dilemparkan.

“Saya terpaksa tanya panjang kepada AG (Idrus) kenapa keputusannya begitu, kenapa sekarang,” kata Anwar kepada wartawan selepas solat jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya lagi, jika dia mempunyai pilihan atau kuasa, dia lebih gemar menangguhkan keputusan itu, terutama selepas pilihan raya kecil di Pulai dan Simpang Jeram esok dan Pelangai bulan depan.



Tetapi menurut Anwar, Idrus berkeras mahu menyelesaikan kes itu sebelum dia bercuti dan bersara.

“Dia (Idrus) tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain.

“Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan sebahagiannya benar, sebahagiannya lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut,” katanya.

Susulan polemik yang berlaku, perdana menteri bekata dia tidak menyalahkan rakyat yang sebenarnya ingin penjelasan lanjut mengenai keputusan terbabit.



“Tapi kalau kita baca 11 perkara yang dibentangkan di hadapan hakim dan hakim berpuas hati. Orang kata salahkan hakim atau nak bebankan hakim, tak ada.

“Itu proses begitu rupa. Itu saja yang saya boleh sebut dalam kes ini.

“Saya tak fikir ini adil untuk jatuhkan hukuman kerana suka atau tak suka terhadap orang politik. Semua kes berbeza tapi banyak kes yang terlepas, sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan. Tapi bersabar dan baca,”katanya.

Anwar seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar tohmahan orang politik.



“Kadang-kadang dia ini ikut sedap kata saja. Jadi saya syorkan baca ketetapan daripada AG di hadapan hakim dan mengapa hakim kemudian bersetuju dengan usul. Ada yang mengatakan hakim tak ada pilihan. Itu tak benar,” katanya.

Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Langkah itu diambil hakim Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan sendiri memohon untuk memberhentikan prosiding dengan memberikan 11 alasan.

Permohonan itu dibuat timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar. Mk



DNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker