Calon Muka Baharu Langkah Mewajahkan Semula BN – Zahid

Zahid berpendapat itu adalah konsep keterbukaan yang telah lama BN tawarkan.

Calon Muka Baharu Langkah Mewajahkan Semula BN – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin langkah mengenengahkan wajah baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan perubahan bagi mewajahkan semula BN.

Zahid melalui temubual eksklusif, yakin jentera BN saling berkerjasama dan bersatu hati bagi membawa kemenangan kepada BN walaupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi.



“Perjalanan jentera berjalan lancar walaupun terdapat kekangan yang telah kami berjaya atasi kerana perubahan perubahan calon di kawasan tertentu, hakikat telah diterima dan mereka telah bergerak sebagai ahli parti, ahli UMNO dan sebagai orang BN dan mereka sanggup untuk megetepikan perbezaan pendapat dan kecil hati.

“Bahkan ada dari mereka yang bergerak dalam jentera dan mengetuai jentera bukan setakat itu sahaja ada yang menjadi pencadang calon dan penyokong kepada calon biarpun mereka merasakan bahawa kerusi itu mereka patut tandingi, semangat itulah yang kita mahukan,” tambah Zahid.

Mengulas mengenai mencalonkan bukan anak tempatan bertanding di kawasan lain, Zahid berpendapat itu adalah konsep keterbukaan yang telah lama BN tawarkan.

Beliau pada sama yakin pengundi akan sokong kerana calon yang dibawa adalah mereka yang mempunyai nama di peringkat nasional dan negeri.

Zahid juga mengakui dengan membawa muka baharu ke PRU15 ianya bukanlah satu perubahan yang drastik namun perubahan ini untuk mewajahkan semula BN bukan sahaja di negeri Perak namun di negeri-negeri yang lain juga.



“Saya tidak ambil peduli dengan serangan kepada saya kerana pada tanggapan saya mereka sahaja ingin mencari isu, kerana dulu mereka menggunakan Datuk Seri Najib sebagai seseorang yang ditumpukan dan difokuskan untuk fitnah dan bangkitkan isu isu yang tidak relevan.

Serangan secara peribadi ini tidak mampu melemahkan semangat saya,“ kata Zahid ekoran serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya dan Datuk Seri Najib sebagai modal berkempen. BNOnline

Calon Muka Baharu Langkah Mewajahkan Semula BN – Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker