Pesanan Shila Amzah untuk para suami di luar sana

Pesanan Shila Amzah untuk para suami di luar sana

Penyanyi Shila Amzah kini menjadi bualan hangat berikutan pendedahannya yang kini sedang dalam proses penceraian.

Baru-baru ini, Shila ada membuka ruangan untuk peminat bertanyakan mengenai apa sahaja di ruangan Instagram Story miliknya.



Melihatkan soalan-soalan yang ditanya, kebanyakannya berkisah mengenai kisah rumah tangga dan kata-kata semangat untuk Shila menempuh dugaan hidup berkeluarga.

Apa yang menarik perhatian di mana satu soalan daripada peminat yang meluahkan perasaan mengenai kemampuan suami dalam memberikan nafkah untuk isteri dalam rumah tangga.

“Saya rasa saya tidak mampu untuk memberikan secukupnya untuk isteri saya. Saya telah mencuba yang terbaik.” tulis individu itu.

Shila kemudian memberi respon di mana dia merasakan apa yang penting adalah usaha kerana setiap pengorbanan dalam menyediakan nafkah untuk isteri pasti akan diberi ganjaran olehNYA.



Katanya lagi, suami perlu memberi kasih sayang yang sewajarnya kepada isteri dan pastinya pasangan akan merasa lebih daripada cukup, bukan hanya sekadar dari segi wang ringgit.

Terdahulu, Shila ada mengumumkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama suami kini sedang retak menanti belah.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang berusia dua tahun lebih. Bn

Pesanan Shila Amzah untuk para suami di luar sana




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker