Lokasi Unicorn Asia diburu saintis

Lokasi Unicorn Asia diburu saintis

HANOI, VIETNAM – Para saintis sedang menggandakan usaha untuk mengesan sejenis haiwan spesies terancam yang sukar ditemui dikenali sebagai ‘Unicorn Asia’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Haiwan bernama saola itu mula ditemui pada 1992 di hutan Rizab Semula Jadi Vu Quang di Vietnam namun jejaknya sukar dikesan sejak dari itu.



Haiwan mamalia yang mempunyai panjang melebihi 76.2 sentimeter itu sering mengelak untuk bertembung dengan manusia.

Para saintis bimbang sekiranya mereka gagal mengesan lokasi saola, ia tidak dapat dibawa ke kemudahan khas untuk proses pembiakan bagi mengelakkannya daripada pupus.

Tiada seorang pun ahli biologi yang pernah melihat kelibat saola dalam hutan tersebut meskipun ia telah dikesan oleh kamera tersembunyi, sembilan tahun lalu.

Sementara itu, beberapa keping imej yang pernah dirakam menunjukkan ciri-ciri fizikal saola yang tersendiri termasuk tanduk besar dan tanda pada wajah berwarna putih yang jelas.



Sesuai dengan gelarannya iaitu ‘unicorn’, saola turut dipercayai mempunyai dua tanduk. K online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker