Tentera Israel sudah memasuki tengah Bandar Gaza

Tentera Israel sudah memasuki tengah Bandar Gaza

Benjamin Netanyahu, mengulangi pendirian bahawa tiada gencatan senjata atau penghantaran bahan api ke Gaza melainkan Hamas membebaskan kira-kira 240 tebusan yang ditahan pejuang itu.

Dalam satu kenyataan di televisyen menandakan sebulan perang Israel-Palestin, Netanyahu turut memberi amaran kepada kumpulan Hizbullah yang disokong Iran bahawa ‘ia melakukan kesilapan dalam hidup mereka’ jika terus melancarkan perang dari pangkalannya di Lubnan.



Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, pula berkata tentera Israel sudah berada ‘di tengah-tengah Bandar Gaza’ ketika negara itu menyambut peperangan yang masuk sebulan dengan Hamas di wilayah Palestin.

“Pemimpin paling kanan Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, sudah pun diasingkan di kubunya dan kami berada di tengah-tengah Bandar Gaza.

“Gaza adalah pangkalan pengganas terbesar yang pernah dibina. Kami akan memusnahkan Hamas,” tegas beliau dalam sidang akhbar di televisyen.

Terdapat gesaan antarabangsa yang semakin memuncak supaya gencatan senjata segera dilaksanakan.



Namun, Netanyahu terus bertegas ‘tidak akan ada kemasukan bahan api dan… tiada gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan’.

Perang yang semakin memuncak itu menyaksikan tentera darat Israel terus mara memerangi Hamas jauh di dalam bandar terbesar Gaza, sekali gus meningkatkan angka korban. – AGENSI

Tentera Israel sudah memasuki tengah Bandar Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker