Lebih 600 ahli Bersatu Rantau Abang keluar parti, sertai Umno

Lebih 600 ahli Bersatu Rantau Abang keluar parti, sertai Umno

Lebih 600 ahli Bersatu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, di Dungun, mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, hari ini.

Bekas Pengerusi Penyelaras Bersatu Rantau Abang, Anwar Rosli berkata mereka bertindak sedemikian kerana sudah jemu dengan pimpinan Bersatu di kawasan itu yang didakwa tidak menjaga kebajikan dan hanya menabur janji kosong.



“Selepas meneliti situasi politik semasa, ahli-ahli yang keluar pada hari ini merasakan telah dipinggir oleh pimpinan Bersatu di sini yang tidak mengambil berat terhadap masalah kami.

“Ramai antara kami di sini datang daripada golongan susah tetapi Bersatu tidak menolong kami…yang banyak menolong adalah Umno sejak sebelum ini dan mereka tidak pun memilih orang untuk memberi bantuan,” katanya kepada media di Dungun.

Kebanyakan bekas ahli Bersatu yang keluar parti itu melibatkan mereka di kawasan Pusat Daerah Mengundi Balai Besar dan Taman Permint Indah.

Menurut Anwar, ramai lagi ahli Bersatu khususnya di Dungun akan mengikut jejak langkah mereka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno dalam masa terdekat.



Bekas Ketua Bersatu Cawangan Balai Besar, Jalaluddin Mohd Zin menyerahkan lebih 600 borang permohonan bekas ahli Bersatu itu untuk menyertai Umno kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun, Nur Hisyam Johari. Mk

Lebih 600 ahli Bersatu Rantau Abang keluar parti, sertai Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker