Pasal makan pun boleh bertikam

Pasal makan pun boleh bertikam

Kulim: Hanya kerana abang ipar memberitahu ibunya yang dia sudah makan, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila mengamuk dan menikam abang iparnya itu dengan pisau di Kampung Gunung Bongsu, Karangan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah berusia 30-an ditikam di dada kiri dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.



Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, polis menerima panggilan pada 3.16 petang daripada ahli keluarga yang memaklumkan kejadian terbabit.

“Bertindak daripada maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian serta menahan suspek berusia 27 tahun dan merampas sebilah pisau.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa sebelum itu sedang makan di dapur bersama ibu mentuanya dan dia ketika memberitahu wanita terbabit yang suspek sudah makan.



Katanya, suspek yang mendengar perbualan dan kata-kata abang iparnya itu secara tiba-tiba mengamuk dan mengambil pisau di sinki sebelum menikam mangsa.

“Tikaman itu terkena bahagian kiri dada abang iparnya dan doktor merawat memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Hasil keterangan awal, keluarga memberitahu suspek seorang pendiam serta kerap bercakap seorang diri sejak lebih lima tahun lalu.

“Keluarga suspek mendakwa yang dia seorang penagih dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. HM



Pasal makan pun boleh bertikam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker