Hebatlah, gigih jaga badan – Abby Abadi

Hebatlah, gigih jaga badan – Abby Abadi

Pelakon, Abby Abadi teruja melihat perubahan anak lelakinya, Danish Hakim yang semakin aktif bersenam dan gigih menjaga berat badan.

Abby yang gembira dengan perkembangan itu, bertindak memuat naik video senaman Danish bersama bapanya yang juga pelakon, Norman Hakim.

Kata Abby, dia teruja melihat kegigihan Danish yang berjaya memiliki bentuk fizikal yang sihat dalam tempoh masa yang singkat.

“Hebatlah, gigih jaga badan. Sekejap sahaja sudah nampak hasil. Mama, dari hari ke hari, bulan ke bulan, turun naik turun naik dekat situ juga.

“Apa pun tahniah abang! Nanti mama letak gambar abang masa kecil yang 40 kilogram (kg) itu dengan yang sekarang dah hampir sado ini okay, mama teruja.

Pada masa yang sama, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 43, turut melayangkan ucapan tahniah buat Norman yang sentiasa gigih bersenam demi kesihatan.

“Dan untuk Oman (Norman), tahniah. Semangat hero sado tidak pernah luntur walaupun anak sudah ramai dan sama besar.

“Bertuah @memeysuhaiza ada abang sado. Meletup,” tulisnya lagi. Utusan

Hebatlah, gigih jaga badan – Abby Abadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker