UMNO dan DAP jangan terlalu ramai jurucakap parti

UMNO dan DAP jangan terlalu ramai jurucakap parti

UMNO dan DAP perlu bertindak tegas dan tidak membenarkan terlalu ramai jurucakap parti mengeluarkan kenyataan terbuka sehingga mengheret ke kancah perbalahan sesama mereka sekali gus mengeruhkan hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata kedua-dua parti perlu bertindak ke atas semua pemimpinnya yang dilihat cuba keruhkan hubungan sesama mereka, ketika keutamaan kini sepatutnya adalah mencari titik persamaan.



“Tidak mudah untuk bersama. Keputusan mesti melangkaui kepentingan peribadi dan memberi suluhan kepada kepentingan bersama. Memang sukar, tetapi tidak mustahil jika mekanisme asas dibina untuk berkomunikasi dan tidak mengguna media untuk keruhkan suasana kerana perbezaan boleh dirai secara tertutup. Formulanya bermula dengan keazaman politik yang besar,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan hubungan UMNO dan DAP seperti ‘kahwin paksa’ susulan ‘perang mulut’ antara pemimpinnya.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata mana-mana parti politik yang pernah menjadi seteru tidak boleh berharap menguburkan segera perbezaan yang pernah wujud sejak sekian lama.

“Dalam kes beliau (Ismail Sabri) sendiri, pernah berhadapan keadaan serupa. Walaupun MoU (memorandum persefahaman) ditandatangani (kerajaan dan pembangkang), tetapi Akta SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) tidak mendapat sokongan (pembangkang ketika itu).



“Cabaran kahwin paksa adalah untuk buktikan pada musuh dalam dan luar parti bahawa Ia boleh berjaya kerana melangkaui kepentingan politik dan adalah untuk negara,” katanya.

Bagi penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, UMNO dan DAP secara realitinya sukar bekerjasama tetapi seolah-olah tiada pilihan, maka kedua dua parti ini akur untuk bekerjasama secara ‘paksa rela’. bekerjasama secara ‘paksa rela’.

Kerjasama paksa rela antara UMNO-DAP tunggu masa cetus perbalahan terbuka

Justeru katanya, kerjasama ‘paksa rela’ ini mewujudkan satu jurang hubungan yang tidak menentu, malah hanya menunggu masa untuk mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin kedua-dua parti.



“Jelas hari ini perang mulut sudah tercetus antara pemimpin UMNO khususnya antara Lim Kit Siang dengan (Datuk Dr Mohd) Puad Zarkashi. Malah Ismail Sabri yang dilihat tidak sealiran dengan Presiden UMNO secara terbuka membuat kenyataan menambah ketegangan hubungan UMNO – DAP.

“Jika tidak ditangani segera oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggoyahkan kestabilan kerajaan. Saya yakin pertembungan isu mengenai pengampunan diraja Datuk Seri Najib Razak, gambaran hubungan UMNO-DAP yang sukar,” katanya.

Katanya, jika hubungan kedua-dua parti baik, maka tidak ada perbalahan terbuka dan rundingan boleh dilakukan bagi membincangkan sebarang isu sensitif secara tertutup bagi menjamin kebersamaan dalam sebuah gabungan parti.

“Tetapi saya tidak nampak nilai-nilai kebersamaan ini dalam kerjasama politik UMNO-DAP menerusi Kerajaan Perpaduan kerana mereka tiada pilihan selain memperjudikan prinsip dan perjuangan semata-mata untuk membentuk kerajaan,” katanya.



Perbalahan UMNO-DAP boleh beri manfaat kepada UMNO tarik pengundi Melayu

Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan pula, menyifatkan perbalahan pemimpin dua parti ini boleh memberi manfaat kepada UMNO, khususnya dalam menarik keyakinan pengundi Melayu.

“Ia mempamerkan UMNO dengan DAP berseteru itu penting kerana bagi penyokong dan pengundi Melayu, mereka tidak suka melihat UMNO bukan saja bekerjasama dengan DAP tapi dilihat mengalah dengan DAP.

“Inilah sisi baiknya ungkapan kahwin paksa itu dikeluarkan Ismail Sabri, strateginya boleh memberi kelebihan kepada UMNO. Ia secara langsung menepis tohmahan UMNO sanggup bersekongkol dengan DAP dan membelakangi prinsip parti,” katanya. BH



UMNO dan DAP jangan terlalu ramai jurucakap parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker