Kerusi Gerakan akan ditandingi Friends of BN, parti komponen

Kerusi Gerakan akan ditandingi Friends of BN, parti komponen

Semua kerusi yang dahulunya ditandingi Gerakan ketika bersama Barisan Nasional (BN) akan diteliti untuk ditandingi Friends of BN dan parti komponen gabungan itu.

Tetapi, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, perkara itu masih di pe­ringkat rundingan bagi memastikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu diisi calon sela­yaknya untuk BN menang pada pilihan raya umum ke-15.



“Tidak ada apa-apa yang muktamad setakat ini mengenai isu agihan kerusi kerana semua­nya masih berada di peringkat perundingan.

“Cuma, pada PRU15 ini, terdapat kerusi Gerakan yang kosong perlu diisi, mungkin diberi kepada beberapa parti politik dan mungkin juga diagihkan kepada Friends of BN,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Pada PRU14, Gerakan kalah semua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN yang ditandinginya atas tiket BN.

Parti yang diketuai Dominic Lau itu meninggalkan BN pada 23 Jun 2018 susulan kekalahan mengejut gabungan berkenaan dalam PRU14. Ia kemudiannya menyertai Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin pada 11 Feb 2021.



Friends of BN terdiri daripada Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti Bersatu India Malaysia (Muip) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak dilaporkan meminta pucuk pimpinan BN mencari kata sepakat untuk memberi peluang kepada calon dalam kalangan parti gabungan itu (Friends of BN) bertanding dalam PRU15.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi turut mengulangi janjinya untuk memberi peluang kepada Friends of BN bertanding dalam PRU15. FMT

Kerusi Gerakan akan ditandingi Friends of BN, parti komponen




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker