1,781 individu merokok di kedai makan dikompaun

Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Terengganu menunjukkan sebahagian rokok dan vape yang dirampas sebagai bahan bukti sewaktu Ops Gomo Asap Malam di Kuala Terengganu semalam

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 1,781 notis kompaun kesalahan merokok di premis makanan berjumlah RM440,200 sejak awal tahun ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia menunjukkan peningkatan ketara hampir sekali ganda berbanding 943 kes berjumlah RM243,550 dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, faktor peralihan ke fasa endamik dan perlanjutan waktu operasi premis menjadi antara punca utama peningkatan kes kesalahan melibatkan perokok di premis makanan pada waktu ini.

“Tahun ini kami terima banyak aduan dan rungutan mendakwa perokok kembali merokok di premis makanan disebabkan perubahan waktu operasi. Hasil risikan kami mendapati dakwaan itu benar.

“Aktiviti penguatkuasaan dilakukan setiap hari dan pesalah akan dikenakan notis kesalahan mengikut Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan 2018),” katanya ditemui ketika mengetuai Ops Gomo Asap Malam di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker