Kes guru tunjuk kemaluan kepada murid masih dalam siasatan polis

Kes guru tunjuk kemaluan kepada murid masih dalam siasatan polis

GEORGETOWN: Siasatan berhubung kes seorang guru sebuah sekolah rendah di Balik Pulau di sini, yang didakwa menunjukkan kemaluan ketika berada dalam kelas masih dalam siasatan polis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pihaknya sedia maklum mengenai kejadian itu, namun tiada butiran lanjut memandangkan ia masih dalam siasatan.



“Kes itu sudah dilaporkan kepada polis dan biar mereka jalankan siasatan dulu. Sekiranya kejadian itu benar berlaku, siasatan akan dilakukan di bawah (mengikut) kes gangguan seksual.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kes sebegini, tidak kira ia membabitkan guru mahupun pelajar,” katanya kepada media di Jalan Timah hari ini.

Terdahulu, Hui Ying ditemui selepas merasmikan Majlis Anjung Ketipang Payung di Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee, di sini.

Dalam kejadian itu, difahamkan seorang wanita mendakwa anaknya berusia 10 tahun memberitahu bahawa guru lelaki menunjukkan kemaluan ketika berada dalam kelas pada 2 November lalu, sebelum wanita terbabit membuat laporan polis. BH



Kes guru tunjuk kemaluan kepada murid masih dalam siasatan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker