Riena Diana jawab isu gambar lucah

Riena Diana jawab isu gambar lucah

Pelakon, Riena Diana mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi gambar atau video yang terlalu seksi di media sosial berikutan segelintir pihak menyalahguna hantaran tersebut sehingga menimbulkan fitnah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Riena berkata, dia sudah beberapa kali dihubungi rakan-rakan terdekat selepas menerima kiriman pesanan di aplikasi Telegram kononnya pelakon itu mempunyai gambar dan video lucah.



“Dulu saya fikir tak apa kalau kongsi gambar seksi sebab itulah saya. Tak nak berpura-pura dan jadi diri sendiri di media sosial. Tetapi saya tidak sedar akibat dan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh terjadi.

“Sampai ada kiriman di Telegram kononnya saya ada gambar dan video lucah padahal semua itu fitnah dan tohmahan yang sangat jahat. Bila tekan link, ternyata itu sekadar scam. Tak pasal-pasal kena tipu.

“Sejak itu, saya mula rasa takut untuk muat naik gambar atau video yang boleh mengundang tohmahan. Biarlah orang cakap saya berpura-pura sekali pun, asalkan tidak membawa fitnah terlampau,” katanya.

Dalam pada itu, jelas pelakon yang popular dengan watak Lailer menerusi Kampung People itu, dia juga kurang senang dengan komen-komen melampau segelintir warganet yang mudah melabel dia dengan kecaman.



“Sebenarnya isu seksi ini tidaklah terlalu membebankan fikiran saya. Bila kena kecam itu bagi saya normallah sebagai anak seni. Tetapi makin lama makin melampau pula kecaman dan kutukan mereka.

“Riena itu Riena ini. Mereka komen macam duduk serumah, tidur sebantal dengan saya. Buat saya rasa macam kalian ini kenapa? Nak apa sebenarnya? Takut juga dengan sikap segelintir warganet.

“Sebab itu bila jumpa rakan artis senior, mereka pesan, jangan terlalu terbuka dalam media sosial. Perlu ada filter juga. Tak semua suka dan doakan kebaikan kita. Ada yang berninat jahat dan tak suka kita,”ujarnya. Utusan

Riena Diana jawab isu gambar lucah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker