SPRM akan buat forensik akaun NGO kutip derma rakyat Palestin

SPRM akan buat forensik akaun NGO kutip derma rakyat Palestin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.



Beliau berkata, individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.

“Semua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.

“Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakaunan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk wang yang didermakan dan ke mana ia dibelanjakan sama ada ia benar-benar disalurkan untuk kebajikan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Anti-Korupsi Antarabangsa 2023, di sebuah hotel.



Azam berkata, pengarah dan pengurusan NGO berkenaan memberikan kerjasama yang baik.

Beliau turut menjelaskan bahawa SPRM mengambil langkah proaktif untuk menjalan siasatan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis menarik balik kebenaran kutipan derma oleh NGO terbabit di surau dan masjid di negeri itu, selepas pihaknya menerima pelbagai aduan terhadap pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Azam berkata siasatan berhubung percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta melibatkan sebuah kementerian secara rundingan terus, masih berjalan.



“Saya serahkan siasatan kepada pegawai penyiasat SPRM,” katanya serta menambah setakat ini pihaknya belum lagi memanggil bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin bagi membantu siasatan.

Dilaporkan, SPRM telah menahan dua individu berhubung siasatan membabitkan percetakan buku itu. FMT

SPRM akan buat forensik akaun NGO kutip derma rakyat Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker