Fokus konflik Palestin, bukan isu bertakbir – Saifuddin

Fokus konflik Palestin, bukan isu bertakbir – Saifuddin

Orang ramai, kata Saifuddin Nasution Ismail, perlu memberikan fokus kepada punca himpunan menyokong Palestin berbanding isu boleh atau tidak bertakbir.

Menjelaskan pendirian kerajaan berhubung himpunan aman tersebut, menteri terbabit berkata isu asas yang sedang dihadapi sekarang ialah mahu menggembleng sokongan kepada penduduk Palestin yang diperangi dan diusir dari tanah air sendiri.



Kata Saifuddin, kerajaan sendiri menggalakkan himpunan solidariti untuk menyatakan simpati dan sokongan kepada Palestin.

“(Isu) tidak dibenarkan bertakbir dan sebagainya (semasa berhimpun), saya tak fikir itu isu utama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang bertanyakan jika polis ada menetapkan sebarang garis panduan melarang peserta himpunan untuk bertakbir.

Terdahulu kerajaan dikritik apabila himpunan aman yang dianjurkan beberapa NGO di Kuala Lumpur pada 22 Okt lalu mengundang kontroversi gara-gara peserta dikatakan dilarang bertakbir.



Peserta juga didakwa tidak dibenarkan mengangkat plakad yang memaparkan kecaman ke atas rejim Zionis dan pemimpin mereka, Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun Presiden Viva Palestina Malaysia (VPM) Dr Musa Mohd Nordin menjelaskan langkah tersebut dibuat bagi menjadikan himpunan berkenaan bersifat inklusif kerana turut disertai kumpulan bukan Islam.

Katanya ia juga selaras dengan nasihat yang diberikan pihak polis. Pada masa sama VPM turut memohon maaf atas kontroversi berkenaan.

Semalam Wan Ahmad Fayhsal mengecam kerajaan kerana menganggap larangan bertakbir terkait dengan isu 3R (agama, bangsa dan raja-raja) yang dilarang disentuh oleh undang-undang.



Saifuddin berkata bagaimana tatacara himpunan tersebut dilaksanakan adalah tertakluk kepada budi bicara penganjur.

Katanya jika Wan Ahmad Fayhsal mahu bertakbir, dia boleh melakukannya semasa menyertai satu lagi himpunan yang dijadual diadakan di Bukit Jalil pada malam ini.

“Machang (Wan Ahmad Fayhsal) juga boleh menganjurkan himpunan lain besok (pada hari lain), bertakbirlah.

“Kalau saya ada masa saya akan ikut serta saya akan bertakbir sekuat-kuatnya,” kata Saifuddin lagi.



Saifuddin juga menegaskan tindakan penganjur himpunan Freedom For Palestine itu juga tidak menggambarkan pandangan kerajaan.

“Soal boleh atau tidak mengecam Netanyahu, pendirian kerajaan juga jelas.

“Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin (justeru) dengan sendiri kita menidakkan sokongan (kepada Netanyahu),” katanya. Mk

Fokus konflik Palestin, bukan isu bertakbir – Saifuddin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker