Sakitnya penyakit Ain

Sakitnya penyakit Ain

Pernahkah anda secara tiba-tiba merasa lemah tenaga (lesu), serba tidak kena, gusar, hilang selera makan, atau simptom-simptom yang hampir serupa? Jika jawapannya ya, awas! mungkin anda terkena penyakit Ain. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa disedari.

Ain adalah perkataan Arab yang bermaksud mata. Oleh itu, konotasi penyakit ain disebabkan oleh pandangan mata seseorang terhadap sesuatu atau seseorang dengan perasaan kagum, bercampur perasaan hasad. Pandangan tersebut menyebabkan terjadinya kemudaratan terhadap sesiapa yang dilihatnya.



Pandangan mata ternyata bukanlah boleh dianggap remeh. Darinya muncul pelbagai kesan bahaya. Sekilas memang tidak masuk dek akal, namun itulah hakikatnya kerana ia pernah berlaku pada zaman Baginda s.a.w.

Bagi masyarakat kita, ain mungkin agak asing kerana ia jarang diperbincangkan. Walau bagaimanapun ia sangat penting untuk diketahui kerana ia boleh menyerang dengan mudah kepada sesiapa waima anak kecil hingga mendatangkan mudarat yang cukup besar.

Dalam surah al-Qalam: 51, Allah berfirman,

“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata, “sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”



Dalam ayat ini, Ibnu Kathir menafsirkan dari Ibnu Abbas, Mujahid dan lain-lainnya bahawa ayat “benar-benar hampir menggelincirkan kamu” ialah mempengaruhi kamu. Manakala ayat “dengan pandangan mereka” bermaksud memandangmu dengan mata-mata mereka iaitu mendengkimu kerana kebencian mereka kepadamu.

Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan adanya al-ain dan pengaruhnya adalah haq (benar) dengan izin Allah. Selain itu terdapat juga beberapa hadis yang diriwayatkan dari beberapa jalan yang berbeza memperihalkan tentang bahaya al-ain antaranya.

Tirmizi dari hadis Sufyan b. Uyainah, dari Amru b. Dinar, dari Urwah b. Amir, dari Ubaid b. Rifa’ah az-Zuraqi bahawa Asma’ Binti Umais r.ha. berkata,

“Wahai Rasulullah! Bani Jaafar diserang mata jahat. Bolehkah saya membacakan ruqyah untuk mereka?” Baginda s.a.w. bersabda, “Boleh seandainya ada sesuatu yang mendahului takdir, maka sesuatu itu adalah mata jahat.”



Manakala hadis lain dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mata jahat itu nyata.”

Abu Daud dalam sunannya pula menyebutkan, Aisyah r.ha. pernah berkata,

“Apabila ada orang yang menderita mata jahat, maka kami diperintahkan untuk berwuduk dan orang yang diserang mata jahat mandi dengan air itu.”



Bahkan Ibnu Mas’ud menyatakan

“Tidak ada suatu pandangan kecuali di dalamnya syaitan ingin menggoda.”

Justeru itu, penyakit ain memang benar wujud hingga memberi kesan yang besar kepada seseorang sekiranya tidak dirawat sebagaimana yang disabdakan Baginda s.a.w.

Hal tersebut turut dibincangkan secara mendalam oleh Pengasas Perubatan Alternatif Aura Metafizik, Dr. Jamaluddin Abdul Jalal bahawa ain adalah sebahagian daripada sihir yang berkait dengan pandangan turun ke hati.



Apabila seseorang melihat seorang lain hingga terdetik di hatinya sesuatu yang berunsurkan negatif, secara tidak langsung dia telah ‘mengainkan’ orang yang dilihatnya tanpa disedarinya. Sihir ini boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu disengajakan atau sebaliknya sekalipun tanpa niat.

Setiap individu mempunyai kadar peratusan yang tinggi untuk terkena ain atau ‘mengainkan’ orang lain. Ia bergantung sejauh mana bersihnya hati dan sekuat mana dalaman individu tersebut.

Jika hatinya bersih sudah pasti ia tidak akan ‘mengainkan’ orang yang dilihatnya. Begitu sebaliknya, jika kuat dalaman seseorang, sudah semestinya ia dapat menangkis sihir ain tersebut.

Sakitnya penyakit Ain



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023

Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker