Padah kentut di muka pegawai polis

Padah kentut di muka pegawai polis

London: Lelaki yang kentut di muka pegawai polis ketika ditangkap kerana mencuri dilaporkan dihukum penjara 34 bulan.

Matthew Hapgood, 41, ‘melepaskan’ kentutnya ke arah polis ketika dia ditangkap kerana mencuri.

Sebelum itu, Hapgood melarikan bir dan curut bernilai 33 pound sterling (kira-kira RM173) dari Tesco, dan produk vape dari sebuah garaj.

Metro UK melaporkan, mahkamah diberitahu, apabila polis menahan Hapgood dia ‘membuang angin busuk’ di muka pegawai polis itu semasa penahanan pada 21 Mac lalu.

Mahkamah Mahkota Oxford pada Jumaat mendengar pengakuan Hapgood yang mengaku bersalah merompak, mencuri, selain melakukan kerosakan jenayah.

Hakim Ian Pringle QC memenjarakannya selama 34 bulan.

Hakim berkata, Hapgood mempunyai sejarah kesalahan lampau yang panjang, tidak kurang daripada 31 sabitan terdahulu untuk 83 kesalahan.

“Semuanya berkaitan dengan ketagihan dadah atau alkohol yang sudah anda terjebak sepanjang hayat dewasa anda,” katanya, HM

Padah kentut di muka pegawai polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker