Shereen pulihkan reputasi olahraga di Sukan Asia

Shereen pulihkan reputasi olahraga di Sukan Asia

HANGZHOU: Selepas 17 tahun, olahraga kembali menghadiahkan pingat buat negara menerusi atlet 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy yang merangkul pingat gangsa di temasya Sukan Asia, Hangzhou.

Biarpun gagal untuk memecahkan catatan peribadi terbaiknya yang juga rekod kebangsaan iaitu 51.80s, pingat gangsa yang diraihnya itu juga cukup bermakna.



Ia sekali gus mengulangi pencapaian yang dilakukan oleh ibunya, Josephine Marry pada 1986 dalam acara 800m.

“Ia satu perasaan yang hebat dapat mara hingga peringkat ini. Ini adalah hasil usaha keras saya dan saya gembira dapat menghadiahkan podium buat Malaysia.

” Biarpun gagal untuk perbaharui rekod, tapi pingat gangsa ini juga beri makna yang besar dan ia menakjubkan,” katanya.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.



Bermula dengan baik di awal larian, Shereen bagaimanapun gagal mengejar kepantasan dua pelari Mujidat dan Salwa Eid Naser yang sudah jauh di depan.

“Saya bermula dengan baik tapi dua pelari Bahrain itu sangat pantas, saya cuma cuba kekalkan kedudukan di bahagian belakang.

“Tapi dua pelari Bahrain itu membantu saya untuk saya terus ke depan,” katanya.

Kemenangan itu menamatkan penantian skuad olahraga negara yang kali terakhir memenangi pingat perak dan gangsa masing-masing menerusi Roslinda Samsu dalam acara lompat bergalah dan Noraseela Khalid dalam acara 400m lari berpagar di Sukan Asia Doha, 2006.



Selepas ini Shereen akan berehat selama enam minggu sebelum kembali ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan dalam usaha memburu slot ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan. BH

Shereen pulihkan reputasi olahraga di Sukan Asia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker