Murid maut ditimpa palang gol: Fadhlina ucap takziah pada keluarga

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St Anthony, di Bintulu, Sarawak, semalam.

“Saya memberi jaminan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Saya juga memberikan jaminan bahawa KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan tragedi ini.



“Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Fadhlina juga berkata prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan.

“Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.



Pelajar berkenaan cedera parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah.

Untuk rekod, pada masa lalu terdapat beberapa kejadian pelajar maut akibat dihempap tiang gol ketika bersukan di kemudahan sekolah.

Antaranya, pada 2 Julai 2016, seorang pelajar berusia 14 tahun meninggal dunia kerana cedera parah akibat ditimpa tiang bola di sebuah sekolah menengah di Gua Musang.

Mangsa dikatakan terjatuh di depan pintu gol semasa hendak menendang bola kerana padang licing dan secara tiba-tiba tiang gol tumbang, menghempap kepala mangsa.



Di Klang Selangor, seorang pelajar berusia 11 tahun pula maut selepas mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala akibat dihempap tiang gol.

Kejadian berlaku ketika bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 1 pada 19 Sept 2011.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker