Azeem ke final, mohon doa rakyat Malaysia

Azeem ke final, mohon doa rakyat Malaysia

Hangzhou: Selepas 30 tahun, pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melakar sejarah tersendiri dalam arena olahraga negara apabila mara ke peringkat akhir 100 meter.

Azeem mencatatkan masa kedua terpantas 10.17 saat (s) pada saringan separuh akhir pertama di belakang Lalu Mohamad Zohri dari Indonesia yang merekodkan 10.12s untuk layak secara automatik di peringkat akhir.



Acara akhir 100m itu dijadualkan berlangsung pada jam 9.55 malam ini.

Azeem yang ditemui berkata, dia tidak menjangkakan perlumbaan separuh akhir itu akan berlangsung dengan begitu pantas.

“Ia sangat mengejutkan apabila Lalu Zohri dapat kembali pada tahap terbaiknya.

“Saya juga dapat buktikan saya berada di tahap yang sama dengan mereka dan untuk final saya harap terus kekal fokus dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk mendoakan saya.



“Alhamdulillah selepas 30 tahun negara kita wakil di pentas akhir Sukan Asia dan itu paling penting,” katanya. HM

Azeem ke final, mohon doa rakyat Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker