Keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah, nasib Mas Ermieyati ditentukan 27 Oktober

Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu apabila pihak pempetisyen memohon menutup kes selepas gagal mengemukakan saksi penting untuk perbicaraan.

Peguam pempetisyen, Rosfinah Rahmat, berkata waran tangkap terhadap Pengerusi ARMADA BERSATU, Akmal Zahin Zainal Zahir, gagal diserahkan kepadanya walaupun beberapa kali cuba diserahkan oleh polis, dengan kali terakhir pada 11 September lepas.



“Akmal Zahin seperti dalam bukti-bukti video menunjukkan pemberian wang dilakukannya dan dia adalah saksi penting kita.

“Jadi hari ini kerana tidak dapat melaksanakan waran tangkap itu, maka kami menutup kes.

“Mahkamah kemudian menetapkan tiga tarikh penting iaitu hujahan pihak-pihak secara bersama pada 9 Oktober sementara jawapan hujahan pada 16 Oktober dan keputusan akhir pada 27 Oktober,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, bagi menafikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kos RM20,000.



Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Sementara itu, peguam Mas Ermieyati, Mohd Faizi Che Abu berkata, beban mengemukakan saksi terletak kepada pihak pempetisyen kerana pihak berkenaan mendakwa Akmal Zahin terbabit dengan aktiviti sogokan ketika tempoh berkempen.

“Adalah tidak adil minta Mas Ermieyati untuk bawa saksi sokong pempetisyen. Dari segi undang-undang siapa yang mendakwa, dia yang kena buktikan.

“Dalam kes ini, mereka dakwa Akmal Zahin bagi duit dan dakwa Yang Berhormat (Mas Ermieyati) adakan jamuan sebagai rasuah. Jadi dia (pempetisyen) kena buktikan benda itu dan berkaitan dengan Akmal Zahin,” katanya. – BERNAMA



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker