Saintis temui ‘jalan bata kuning’ 3,000 meter di dasar laut

‘Jalan Bata Kuning’ pelik ditemui di dasar lautan. – The Ocean Exploration Trust/E/V/Nautilus/YouTube Screenshot

HONOLULU, HAWAII – Sebuah ekspedisi yang dilakukan di utara Kepulauan Hawaii mendedahkan penemuan di dasar sebuah jurang dengan sesuatu kelihatan seperti jalan bata kuning, lapor laman berita Science Alert.

Penemuan itu dibuat oleh kapal peneroka Nautilus awal tahun ini semasa meninjau puncak Liliʻuokalani dalam Monumen Nasional Marin Papahanaumokuakea (PMNM).

PMNM ialah salah satu kawasan pemuliharaan marin terbesar di dunia, lebih besar daripada gabungan semua taman negara di Amerika Syarikat (AS) dan saintis hanya meneroka kira-kira 3 peratus daripada dasar lautnya.

Penyelidik di Ocean Exploration Trust mengkaji sempadan hutan belantara itu yang terletak lebih daripada 3,000 meter di bawah laut.



Rakaman ekspedisi itu diterbitkan di YouTube pada April lalu yang merakamkan detik penyelidik mengendalikan kenderaan laut dalam sebelum terjumpa jalan itu.

“Ia adalah jalan ke Atlantis,” seorang penyelidik di radio didengari berkata.

“Jalan bata kuning?” suara lain membalas.

“Ini pelik,” tambah seorang lagi ahli pasukan itu.



Pasukan itu menyatakan bahawa laluan tersebut kelihatan hampir seperti ‘kerak panggang’ yang boleh dikupas.

Dalam satu bahagian kecil, batu gunung berapi itu telah retak dengan cara yang kelihatan sangat mirip dengan batu bata.

“Rekahan bersudut 90 darjah itu mungkin berkaitan dengan tekanan pemanasan dan penyejukan daripada pelbagai letusan di kawasan ini,” demikian kapsyen pada video itu.

Pada pandangan pertama, rekahan itu mudah disalah anggap sebagai laluan ke dunia baharu yang indah. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker