Krisis Sabah: Bung didesak letak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah

KOTA KINABALU: Lima ADUN Umno yang tidak menyokong usaha menggulingkan kerajaan Sabah mendesak Ketua Umno negeri, Bung Moktar Radin segera meletak jawatan.

Mereka dalam satu kenyataan bersama turut mengecam tindakan Bung itu mencemarkan nama baik parti.

Lima ADUN itu adalah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk).



Katanya, mereka terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret dalam krisis politik.

“Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan ini bukan masanya untuk merebut kuasa.

“Sebaliknya, tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” menurut lima ADUN itu.

Mereka turut mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Hajiji sebagai ketua menteri yang sah di sisi perlembagaan.



Katanya, mereka mahu kestabilan politik yang wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang cubaan mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta keresahan rakyat.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker