Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
Perkongsian video isteri kepada pelawak dan juga pengacara Shuk Sahar, Rossa Sera dalam InstaStory miliknya memberi bayangan seolah-olah kehidupan rumah tangganya bersama suaminya masih lagi baik dan damai.
Dalam perkongsian tersebut, Rossa atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah memuat naik video menunjukkan Shuk sedang memeluk dua orang anaknya ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
“GF (teman wanita) Shuk,” tulis Sera merujuk kepada anak-anaknya yang dianggap sebagai ‘kekasih’ kepada Shuk.
Lebih menarik perhatian apabila Sera turut menitipkan doa kepada lelaki itu menerusi sekeping foto ketika Shuk berada di hadapan Kaabah di tanah suci Mekah.
“Kepada Shuk Sahar, jaga diri. Doa banyak-banyak di sana (Mekah). Jadi ayah yang baik. Amin,” tulis Rosa sambil meninggalkan emoji wajah dengan mata berbentuk hati.
Status rumah tangga antara Shuk dan juga Sera sehingga kini bagaimanapun masih menjadi tanda tanya ramai selepas kedua-duanya mengambil pendekatan mengunci mulut tentang status rumah tangga mereka.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar telah menimbulkan spekulasi ramai selepas berkongsi sebuah video memaparkan kehadirannya di sebuah mahkamah pada Julai lalu.
Manakala Sera pula tampil memuat naik sebuah video seakan-akan mengiayakan dakwaan mereka sudah pun berpisah.
“#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya,” tulis Shuk sebagai kapsyen video tersebut.
Untuk info, Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun. K Online
Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?