Wan Saiful dinasihat bersandar pada fakta

Wan Saiful dinasihat bersandar pada fakta

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dinasihat untuk bersandar kepada fakta dan hujahan undang-undang dalam perbicaraan kalau hendak berjaya, bukan menuding jari pada kerajaan.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, setakat menyelar pendakwaan terhadap diri sebagai satu langkah kelemahan kerajaan tidak akan menjawab tuduhan dana RM5.59 juta yang keluar masuk dalam akaun syarikat Wan Saiful.



“Sinis betul Wan Saiful apabila mendakwa dia dikenakan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) semata-mata untuk memesongkan pandangan umum dari kelemahan kerajaan yang sedia ada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen 18 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM5.6 juta.

Sebelum ini, Wan Saiful didakwa atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Walau bagaimanapun, Wan Saiful selepas didakwa dengan 18 pertuduhan pengubahan wang haram itu menyifatkan dirinya sebagai ‘mangsa’ kepada kerajaan yang cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kegagalan menerajui negara.



Shahrir yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, semasa beliau didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menggunakan hujah sama.

“Pada masa itu, Wan Saiful berada bersama kerajaan itu. Sebaliknya saya mendakwa ketika itu bahawa tuduhan terhadap saya adalah ‘novel’ atau luar biasa dan pelik.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa saya dengan tuduhan tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar, iaitu satu kesalahan dibawah Akta Cukai Pendapatan sedangkan SPRM tidak ada kepakaran dalam soal cukai pendapatan.

“Tambahan lagi, rakan sama parti dengan Wan Saiful, seperti Mas Ermieyati (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) dan Mustapha Mohamed (Datuk Seri Mustapa Mohamed), yang sama-sama mendapat dana dari Datuk Seri Najib Tun Razak telah tidak pula didakwa.



“Dari 80 individu dan entiti yang diberikan tawaran kompaun, hanya saya dengan Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa. Dakwaan yang pelik dan terpilih.

“Kes terhadap saya gugur apabila Pegawai Penyiasat SPRM mengaku dalam mahkamah siasatan terhadap saya tidak lengkap semasa Tommy Thomas putuskan untuk saya didakwa,” katanya. Utusan

Wan Saiful dinasihat bersandar pada fakta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker