Misbun, BAM akhirnya berdamai

Misbun difahamkan menolak tawaran BAM untuk kembali menggalas tugas selaku pengarah pembangunan perseorangan remaja negara sehingga kontrak asalnya tamat, hujung tahun ini.

Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bekas Pengarah Kejurulatih Perseorangan Remaja negara, Datuk Misbun Sidek dianggap selesai selepas legenda badminton tanah air itu menolak pelawaan untuk kembali ke BAM.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BAM mengesahkan kedua-dua pihak sudah berpisah menerusi penyelesaian secara baik sejak kemelut tersebut tercetus sejak 28 Julai lalu.

“BAM menganggap kes tersebut sudah ditutup dan kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan menjelang Kejohanan Remaja Dunia 2023 akan datang,” kata BAM menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, menurut satu sumber, Misbun enggan menerima tawaran yang dilakukan BAM untuk beliau kembali mengemudi perseorangan remaja negara sehingga kontrak asal sehingga hujung tahun ini tamat.



Keputusan tersebut sekali gus menjawab segala persoalan selepas Pengurus Peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad menyerahkan surat jawapan balas Misbun terhadap tawaran BAM minggu lalu.

Untuk rekod, BAM menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Misbun lebih awal 28 Julai lalu selepas prestasi mengecewakan skuad remaja negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogjakarta, Indonesia bulan lalu.

Bagaimanapun, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza bertindak mempelawa Misbun untuk kembali semula untuk kembali menggalas jawatan tersebut sehingga baki kontrak sedia ada tamat

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker