Cium batu nisan perbuatan sia-sia, lebih baik cium bini – UAI

Perbuatan sesetengah individu mencium batu nisan ketika menziarahi tanah perkuburan adalah perbuatan sia-sia dan tidak memberi apa-apa syafaat.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga tidak pernah menyuruh umatnya mencium batu nisan ketika melawat kubur.

Tetapi katanya, apa yang disuruh Nabi adalah memberi salam dan membaca doa ketika menziarahi kubur.



“Ciumlah bini, anak, tangan tok guru, tangan ulamak dan pemimpin yang adil. Cium batu nisan nak buat apa?

“Nabi suruh cium hajarul aswad, maka kita kena cium. Kata Saidina Umar oleh kerana Nabi suruh cium, maka aku cium, kalau Nabi tak suruh aku tak cium sebab itu batu,”katanya pada satu sesi kuliah baru-baru ini.

Menurut Azhar lagi, mencium batu nisan juga tidak memberi apa-apa pahala dan mayat tidak mendapat manfaat daripads perbuatan itu

Jelasnya, lebih baik ketika menziarahi kubur kita berdoa supaya mayat saudara kita itu diampunkan Allah



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker