Lelaki sanggup ‘parangkan’ abang dan ibu kerana teman wanita

Gara-gara tidak berpuas hati keluarga melarang berhubung dengan kekasih, seorang lelaki tempatan mengamuk mencederakan abang dan mengejar ibunya menggunakan sebilah parang sekitar kawasan perumahan di Jalan 10 Pandan, di sini, 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu merupakan abang kepada suspek telah tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, pengadu berusia 26 tahun itu didatangi suspek yang membawa parang lalu bertindak menghentak pada kaki kiri mangsa.



“Abang suspek mengesyaki suspek berubah menjadi tidak waras selepas menghisap vape. Akibat hentakan tersebut, mangsa yang merupakan peniaga itu mengalami kecederaan pada kaki.

“Suspek seterusnya mengejar ibunya dengan parang tersebut sehingga ke rumah jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, suspek berusia 19 tahun itu berjaya ditahan pada pukul 7 malam pada Rabu lalu oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya.

“Kita merampas sebilah parang sepanjang 25 inci yang disyaki digunakan dalam kes yang disiasat.



“Hasil semakan mendapati, suspek yang tidak bekerja terbabit mempunyai tiga rekod jenayah serta dua rekod narkotik,” ujarnya.

Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap keluarga kerana melarang suspek berkawan dengan teman wanitanya.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang untuk tujuan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan reman dibenarkan selama empat hari bermula Khamis lalu dan berakhir hari ini.

“Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,”tambahnya.



Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan dengan sengaja menyebabkan cedera dengan senjata atau membuat ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker