Tunggu majlis khatam UMNO, Pas – Tok Mat

Tunggu majlis khatam UMNO, Pas – Tok Mat

Hubungan antara UMNO dan Pas dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) kini berada di peringkat ‘surah terakhir’ hanya tunggu majlis khatamnya sahaja.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai status MN kini sudah ke peringkat terakhir namun keputusan sama ada untuk khatam bergantung kepada keputusan parti.



“Perbincangan lanjut akan dilakukan dalam mesyuarat biro politik dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita dah sampai surah terakhir dan surah akhir sudah dibaca cuma nak khatamnya belum lagi, majlis khatamnya nanti kita tunggu.

“Khatam atau tidak masih tidak diketahui, kita akan buat keputusan di peringkat parti, nasihat saya adalah biar parti buat keputusan,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn hari ini.

Tambahnya, kepimpinan serta presiden telahpun memberikan pandangan, kita akan bincang pandangan dan nasihat ataupun apa yang dicadang oleh presiden dan juga pandangan-pandangan lain.



Jelas Mohamad lagi, diharapkan tiada pihak yang membuat andaian secara berlebihan dalam hubungan di antara dua parti terbesar ini.

“Saya harap supaya tiada dari UMNO atau mana-mana individu yang membuat andaian, biar parti buat keputusan jangan buat andaian jadi kelam kabut.

“Jangan kelam kabut sangat biar parti buat keputusan nanti, ia adalah satu keputusan untuk kebaikan bersama, ” jelasnya. K Online

Tunggu majlis khatam UMNO, Pas – Tok Mat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker