TLDM tegaskan Perolehan kapal LCS adalah kritikal demi kedaulatan negara

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

TLDM melalui kenyataan dikeluarkan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, berkata ini kerana keupayaan tempur yang perlu dimiliki tentera itu perlu sejajar dengan perkembangan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.

Katanya, sebagai ‘pengguna akhir’ kelewatan pelaksanaan projek berkenaan memberi kesan negatif bukan saja kepada keupayaan tempur armada TLDM, malah kepada moral warga tentera yang memerlukan kapal LCS untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan.



“Sehubungan itu, TLDM amat menghargai keputusan yang dibuat kerajaan untuk meneruskan projek terbabit.

“TLDM berpandangan ia adalah keputusan yang tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara.

“TLDM juga ingin menyeru semua pihak supaya berganding bahu dan memberikan sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara,” katanya di sini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.



Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

PAC dalam laporannya berhubung projek itu turut memaklumkan kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan kerajaan terhadap syarikat BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Pada masa sama, menurut TLDM, pihaknya menyokong supaya sebarang ketirisan di dalam projek itu disiasat dengan pihak yang terbukti terbabit dalam isu berkenaan dibawa ke muka pengadilan segera.



“TLDM juga mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan PAC itu, selain amat mengalukan syor dikemukakan jawatankuasa terbabit dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker