Ebit Lew Sebak Lihat Dua Beradik Tinggal Bawah Jambatan ‘Banyak Nyamuk, Ular’ [VIDEO]

Ebit Lew Sebak Lihat Dua Beradik Tinggal Bawah Jambatan ‘Banyak Nyamuk, Ular’ [VIDEO]

PENDAKWAH bebas Ebit Lew terbang ke Kelantan untuk membantu dua beradik yang sudah dua bulan tinggal di bawah sebuah jambatan di Bachok.

Ebit memberitahu dia mengalirkan air mata bila mengenangkan nasib mereka yang ditimpa ujian sebegitu.

“Seorang adik jaga abangnya yang tekanan dan gangguan emosi. Kasihan tengok mereka. Menangis melihat anak muda ditimpa ujian begini,” katanya.



Ebit berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik video saat menziarahi dua lelaki itu.

Difahamkan, pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih untuk hidup berdikari di bawah jambatan itu pernah tular apabila bapanya bernikah lain setelah pemergian ibu tersayang.



Difahamkan abangnya mempunyai masalah kesihatan mental.

Ebit yang tidak keseorangan ditemani Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi bukan kerajaan lain (NGO) datang menghulurkan bantuan.

“Termenung diam je abangnya. Tadi bersama JKM dan NGO tempatan.

“Berat ujian adik ni. Kadang kita tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan. Banyak nyamuk dan ular katanya.



“Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dapatkan rawatan.

“Semoga adik beradik ni diberi sihat dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian ini dengan sabar,” katanya lagi. –Gempak

Ebit Lew Sebak Lihat Dua Beradik Tinggal Bawah Jambatan ‘Banyak Nyamuk, Ular’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker