Kecuaian Bawa Padah Punca Tiga Beranak Maut, Anak Saudara Parah

Kecuaian Bawa Padah Punca Tiga Beranak Maut, Anak Saudara Parah

KOTA KINABALU: Cuai dan memandu secara melulu dipercayai punca pemandu serta dua anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas berhampiran bawah jejambat Luyang di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.24 malam itu, mangsa lelaki Filipina yang juga pemandu pacuan empat roda berusia 44 tahun bersama dua anaknya dikenali sebagai Alkail, 16 dan Sazfa, 11, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dalam perjalanan dari arah Rampayan menuju ke jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) melalui Jalan Lintas.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebuah tiang besar jejambat berhampiran.

“Akibat kejadian itu, remaja lelaki dan sepupunya yang duduk di bahagian belakang penumpang tercampak keluar dari kenderaan, manakala pemandu dan anaknya yang duduk di bahagian hadapan tersepit dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.



Katanya, usaha mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit dilakukan sebelum tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.

“Seorang mangsa membabitkan kanak-kanak mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang menerima rawatan rapi di Zon Merah HQEI.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri yang memandu dengan melulu di permukaan jalan yang licin akibat hujan, namun siasatan masih diteruskan,” katanya. – SH

Kecuaian Bawa Padah Punca Tiga Beranak Maut, Anak Saudara Parah



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker