Sanusi popular, tapi rakyat kawasan sendiri susah, bank pun tiada

Sanusi popular, tapi rakyat kawasan sendiri susah, bank pun tiada

SIK: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Jeneri Muhamad Khizri Abu Kassim berkata populariti lawannya Sanusi Nor daripada Perikatan Nasional (PN) tidak memberi manfaat kepada kawasan itu yang masih ketinggalan daripada arus pembangunan.

Menurut Khizri, tiada kemajuan boleh dibanggakan sepanjang Sanusi menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2018 dan tiga tahun sebagai menteri besar sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Sanusi memimpin.



“Populariti yang dia cipta itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada masyarakat di Sik terutamanya di Jeneri.

“Boleh beliau tunjuk sepanjang tiga tahun (sebagai menteri besar) apa yang telah dilakukannya di Sik? dalam sektor pendidikan…keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) daerah ini antara tercorot di Malaysia,” katanya.

“Di Jeneri bank pun tiada, orang hendak keluarkan duit kena pergi ke Gurun, pekan Sik, Teloi Timur atau Kuala Ketil.”

Ketua Umno Sik itu berkata tiada guna Sanusi dikenali di seluruh negara kerana kelantangan dan kontroversi diciptanya, sebaliknya pemimpin PAS itu harus menggunakan kedudukan untuk mengubah keadaan Kedah.



Walaupun Sanusi ada mengumumkan perancangan dan pelaburan asing berjumlah RM40 bilion tetapi bila disemak dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Khizri berkata “angkanya kosong peratus, jadi bercakap di kampung nampak gah tetapi hakikatnya tiada.”

Sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos depan, beliau mahu memfokuskan aspek pendidikan untuk mengubah kehidupan keluarga susah bagi jangka panjang dan memajukan Sik khususnya Jeneri.

Menurut, masyarakat berilmu yang dapat dilahirkan dengan menyediakan akses pendidikan lebih baik dapat menyumbang semula kepada pembangunan dan ekonomi Sik.

Beliau juga mahu mengubah kehidupan penduduk yang kebanyakkannya berpendapatan rendah dan memerlukan pembelaan berterusan.



“Kalau masuk kampung pergi tanya pemilik kedai runcit dan suruh buku hutang, ada (penduduk) beli beras sekilogram sahaja kerana tak mampu, bayangkan betapa susah rakyat sini.

“Sebab itu harus ditekankan kepada pendidikan supaya anak-anak sekarang bila keluar universiti dapat bekerja dan bantu selesai isu ini,” katanya yang turut memberi tumpuan kepada masalah air. FMT

Sanusi popular, tapi rakyat kawasan sendiri susah, bank pun tiada

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker