Doa dibutakan daripada lihat lambang calon lawan keterlaluan

Doa dibutakan daripada lihat lambang calon lawan keterlaluan

KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman menganggap doa supaya ‘dibutakan’ mata daripada melihat lambang calon parti lain sebagai keterlaluan.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata doa itu membuktikan penyokong PAS tidak mengendahkan pesanan pimpinan tertinggi parti mereka.



“Sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun, pimpinan parti itu mendoakan perkara yang baik dan menasihatkan agar berkempen dengan penuh kesantunan.

“Kita terkilan apabila seorang penyokong PAS memohon doa supaya dibutakan (mata untuk lihat) lambang parti lain,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam.

Yang turut hadir calon Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail dan calon kawasan DUN Bandar, Armi Irzan Mohd.

Pada Sabtu lalu, penyokong PAS sebelum berarak mengiringi calon parti itu, Khazan Che Mat ke pusat penamaan calon berdoa supaya ‘dibutakan’ mata untuk melihat lambang parti lain dan mengundi calon PAS.



Video berdurasi 22 saat itu tular di laman sosial sejak Sabtu lalu dan mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Lebih mengejutkan, doa itu turut diaminkan Khazan yang juga bekas EXCO Agama ketika bersama kerajaan BN pada 2018.

Ahmad Razif berkata sepatutnya semua pemimpin parti politik yang bertanding pada PRN mendoakan kesejahteraan rakyat dan minta dijauhi daripada sebarang bencana.

“Kita menggesa semua calon yang bertanding termasuk daripada BN dan PH bertanding secara sihat,” katanya.



Ketika ditanya adakah BN akan membuat laporan kepada polis, Ahmad Razif berkata, pengundi akan membuat penilaian pada 12 Ogos ini. BH

Doa dibutakan daripada lihat lambang calon lawan keterlaluan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker