Bukan Saya Memondan Selalu

Fizz Fairuz Sasar RM10 Juta Kutipan ‘Mat Tudung Begins’

Bukan Saya Memondan Selalu

Meskipun belum ditayangkan di pawagam, filem Mat Tudung Begins arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz sudah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen. Antara yang menjadi bualan hangat netizen ialah penampilan pelakon lelaki menyerupai perempuan di dalam filem berkenaan.

Ketika ditemui OhBulan! pada tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama, pada malam Jumaat, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, menjelaskan apa yang dipaparkan pada poster filem berkenaan bukanlah menceritakan 100 peratus tentang lelaki yang menyerupai wanita.



Tambah Fizz, filem ini mengisahkan tentang penyamaran beberapa watak dan bukannya mengenai isu lelaki lembut.

Kalau penonton menonton filem ini nanti, tak sampai 10 babak pun saya menyamar jadi wanita.

Pada masa yang sama, Fizz juga memberitahu dia sudah merujuk kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lebih peka memandangkan pernah menjayakan filem Mat Tudung sebelum ini pada tahun 2014.

Bukan itu sahaja, watak ‘wanita’ yang dimainkan olehnya dan Achey tidaklah terlalu berat berbanding filem terdahulu kerana kali ini mereka tidak mengenakan mekap tebal atau memakai bulu mata palsu.



Kalau ikutkan filem Mat Tudung dulu kami lebih berhias seperti memakai bulu mata dan bermekap. Tapi untuk filem kali ini, saya cakap dengan Achey kita tak perlu mekap, hanya pakai tudung. Kalau boleh hanya pakai lipstik dan bedak sahaja.

Saya tahu syarat-syarat LPF dan sebelum saya buat filem ini pun saya dah berjumpa dengan orang-orang yang sepatutnya.

Niat saya membuat filem ini adalah sebagai satu cerita penyamaran. Bukanlah saya memondan hari-hari.

Sementara itu, turut dilihat Fizz Fairuz mengalirkan air mata sebelum tayangan perdana bermula. Disoal mengapa Fizz mengalirkan air mata, suami kepada Almy Nadia ini memberitahu dia terlalu sebak merenung perjuangan selama sembilan tahun untuk menghasilkan filem ini.



Saya sebak sebabnya saya simpan niat untuk membuat filem ini selama 9 tahun. Sepanjang tempoh itulah saya menghadapi kesusahan untuk mencari duit. Saya bukannya orang kaya. Kalau pun saya ada nama (dikenali) dan sudah menang beberapa anugerah, bukan mudah untuk mendapat kepercayaan orang (penerbit).

Saya teruja akhirnya ada individu yang sudi melabur dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengarahkan filem buat kali pertama.

Ditanya mengenai sasaran kutipan filem Mat Tudung Begins, Fizz berharap ia mencapai kutipan sebanyak RM10 juta. Ujar Fizz, tidak salah mereka meletakkan angka sasaran itu dan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Saya akan mensasarkan kutipan filem ini RM10 juta dan ke atas. Itu angan-angan dan impian saya. Jika tidak mencapai sasaran tak mengapa. Saya sudah banyak kali kecewa contohnya saya berlakon drama Nur Kasih. Orang lain menang tiap-tiap tahun tapi saya tidak menang.



Saya sudah kecewa sampailah 2011 giliran saya pula menang menerusi drama itu. Momen kecewa itu pasti ada, tipulah kalau saya cakap tidak ada. Saya kena terima apa sahaja kemungkinan yang berlaku dan saya juga percaya setiap kejayaan perlu ada prosesnya.

Selain Fizz, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon popular termasuk Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri. Filem tersebut akan mula ditayangkan di semua pawagam bermula 3 Ogos ini. Jangan lupa tonton okay! OB

Bukan Saya Memondan Selalu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker