Lagi profesor nafi terlibat dengan G70 yang sokong Anwar jadi PM

SHAH ALAM – Dua bekas ahli akademik menarik diri daripada menyokong Deklarasi dan Seruan G70 Profesor Melayu kepada Rakyat Malaysia Bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mereka adalah Dr Ishak Yussof dan Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi.

Koordinator G70 Profesor Melayu, Dr Saadiah Mohamad berkata, nama kedua-dua mereka sebelum ini tersenarai dalam dokumen deklarasi berkenaan yang diumumkan pada Rabu.



“G70 Profesor Melayu telah mengeluarkan nama mereka dalam senarai nama pendukung Deklarasi 70 Profesor Melayu.

“Senarai terkini boleh disemak di laman sesawang: http://g70prof.com,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, G70 Profesor Melayu menerima sambutan baik daripada masyarakat terhadap pendirian menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Seluruh rakyat Malaysia perlu memanfaatkan ruang PRU15 untuk memilih kerajaan yang berwibawa dan berintegriti di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim,” katanya.



Pada Rabu, media melaporkan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian G70 itu tidak mewakili Majlis Profesor Negara (MPN).

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker