Ramai lagi akan didakwa projek Jana Wibawa


Ramai lagi akan didakwa projek Jana Wibawa

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelewengan projek Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika darurat pandemik COVID-19, memasuki fasa pendakwaan apabila dua pemimpin BERSATU dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan hari ini.

Dua pemimpin yang didakwa hari ini ialah Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang masing-masing dikenakan dua tuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah daripada syarikat yang menerima kontrak projek Jana Wibawa.

Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan, 42, seorang ketua pegawai eksekutif syarikat, masing-masing mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka oleh pihak pendakwaan secara berasingan di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Hakim, Suzana Hussin.



“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan”, kata Wan Saiful sejurus mendengar dua pertuduhan dikenakan kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada Kerajaan Malaysia secara Pra Kelayakan yang keseluruhannya bernilai RM232,000,000.

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya, wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek sama. BH

Ramai lagi akan didakwa projek Jana Wibawa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker