Tahun depan OPR dijangka naik dua kali lagi

KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) memberi jangkaan dua lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.

Menurut Ahli Ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus, pertumbuhan inflasi teras yang kukuh pada November tahun ini mencerminkan keadaan permintaan domestik yang mantap pada bulan tersebut.

“Jangkaan ini merupakan tanda sokongan kitaran normalisasi kadar berterusan oleh BNM.



“Berdasarkan kenyataan pada bulan lalu, bank pusat memberikan amaran jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023,” katanya menerusi satu nota penyelidikan pada Jumaat.

Nazmi berpandangan, campur kerajaan terhadap beberapa barangan kawalan termasuk harga ayam, petrol dan bayaran tol dapat terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

Bagaimanapun jelasnya, kenaikan harga tarif elektrik untuk pengguna bukan domestik dan bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkuat kuasa pada 23 Januari depan dijangka mengakibatkan sedikit peningkatan ke atas kadar inflasi secara keseluruhannya.

“Pengiraan kami mendapati kemungkinan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 10 mata asas tahun ke tahun pada 23 Januari depan disebabkan sekitar 60 peratus pengguna elektrik di negara ini adalah pengguna bukan domestik dan daripada jumlah itu, 60 peratus adalah bukan PKS.



“Ia menambah bahawa pemberat elektrik dalam bakul IHP adalah pada 2.7 peratus, namun kesan pusingan kedua akan menjadi sedikit lebih besar,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker