Sindiket curi ‘lori bonded’ beroperasi di 4 negeri

Sindiket curi ‘lori bonded’ beroperasi di 4 negeri

Sindiket curi 'lori bonded' beroperasi di 4 negeri
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket curi ‘lori bonded’ yang aktif di Selangor, Johor, Melaka dan ibu kota dalam beberapa siri serbuan bermula 22 hingga 28 Jun lalu, dengan anggaran kerugian RM1.23 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar, berkata tujuh lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 48 tahun turut ditahan dalam serbuan dijalankan di beberapa lokasi berasingan sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menerusi Op Lejang Lori Bonded itu.

Katanya, siasatan awal mendapati salah seorang suspek adalah dalang utama sindiket yang berperanan sebagai orang tengah untuk mencari ‘striker’ (pencuri), pengendali stor haram, mekanik, ‘transporter’ dan pembeli komponen lori curi.

“Sindiket ini disyaki terbabit dengan kira-kira 18 kes kecurian ‘lori bonded’ yang dilaporkan di Johor, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur dengan anggaran jumlah kerugian sebanyak RM1.23 juta.

“Kita turut merampas tiga lori Isuzu, sebuah lori Hino, sebuah lori Mitsubishi Fuso, sebuah Perodua Myvi, sebuah motosikal Yamaha Nouvo LC serta beberapa peralatan pemotong lori (oxy-fuel cutting),” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab


Kumar berkata, polis turut merampas sebuah ‘jammer’, dua ‘axle’ lori, sebuah ‘steering’ box serta pelbagai dokumen syarikat dan resit pembayaran yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket itu dengan nilai rampasan dianggarkan RM400,000.

Mengulas lanjut, Kumar berkata siasatan mendapati sindiket ini menerima tempahan daripada pemilik bengkel sebelum mengarahkan ‘striker’ mencuri model lori yang dikehendaki.

“Lori yang dicuri kemudian dibawa ke stor atau bengkel haram untuk dileraikan sebelum komponen dan kepala lori dijual secara berasingan pada harga di bawah nilai pasaran, termasuk diiklankan melalui platform media sosial.

“Setiap suspek akan dibayar mengikut jenis kepala lori yang berjaya dicuri dengan anggaran antara RM15,000 hingga RM18,000,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pembiayaan Aktiviti Haram dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan


“Setakat ini, sebanyak 13 akaun bank dengan nilai RM280,836.10 dibekukan mengikut Seksyen 44(1) akta sama,” katanya.

Bagi mengelak menjadi mangsa, Kumar menasihatkan pemilik lori dan pengusaha syarikat logistik memastikan kenderaan dilengkapi sistem keselamatan serta Sistem Posisi Global (GPS) yang sentiasa berfungsi dan meletak kenderaan di kawasan selamat.

Beliau turut menasihatkan pemilik bengkel tidak membeli komponen kenderaan tanpa dokumen pemilikan yang sah atau yang ditawarkan di bawah harga pasaran kerana boleh mendedahkan mereka kepada tindakan undang-undang.

Sindiket curi ‘lori bonded’ beroperasi di 4 negeri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perpaduan Kunci Kemajuan, Kekalkan Stabiliti Demi Masa Depan Negeri Johor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker