‘Jerung’ yang Rafizi dedah adalah ‘geng sendiri’, sindir Isham

‘Jerung’ yang Rafizi dedah adalah ‘geng sendiri’, sindir Isham

Nama jerung yang didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melibatkan isu kapal tempur persisir (LCS) adalah ‘geng sendiri’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil menyindir Rafizi selepas mendedahkan nama “jerung” yang didakwa terlibat dalam penyelewengan projek itu adalah isteri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad.



Isham berkata, adalah tidak tepat untuk Rafizi mengaitkan Abdul Latif dengan UMNO kerana beliau telah bertukar parti iaitu Bersatu yang menjadi salah sebuah komponen Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negara.

“Rafizi, ini bukan orang UMNO, dia bekas orang UMNO, samalah macam Anwar, Azmin dan ramai lagi orang PKR yang bekas UMNO. Tahun 2019 dia telah masuk PH, jadi geng kamu, dan masuk PPBM.

“Kenapa masa itu kamu tidak tanya dia semasa audit forensik LCS ini dibuat?

“Sebelum ini kamu berdegar-degar kata LCS ini kes rasuah UMNO dan BN bagai, tapi sekarang kamu dedah geng kamu yang dulu kamu sendiri terima lompat parti masuk PH yang kamu dakwa buat kerja ini,” sindir Isham.



Rafizi hari ini mendakwa antara tokoh penting di belakang syarikat yang terlibat dengan projek LCS adalah isteri kedua Abdul Latif yang menjadi Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu.

Dalam kenyataanya, Rafizi mengaitkan Abdul Latif sebagai pemimpin UMNO dan sebagai timbalan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Kementerian Pertahanan.

“Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua kepada Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semasa skandal ini berlaku, beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing merupakan pemimpin UMNO sebelum menyertai Bersatu selepas PRU2018.

“Laporan siasatan dalaman projek LCS juga secara jelas menyebut bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr Latiff Ahmad.



“Beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika ini ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang,” kata Rafizi.

Abdul Latiff menyertai Bersatu pada 12 Februari 2019. Beliau menerima kad keahlian daripada Pengerusi Bersatu ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri ketika Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. MG

‘Jerung’ yang Rafizi dedah adalah ‘geng sendiri’, sindir Isham


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker