Lelaki cabul wanita diburu polis

Lelaki cabul wanita diburu polis

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dicabul seorang lelaki tidak dikenali ketika berjalan di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Sea Park, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pukul 8.27 malam, Jumaat lalu.



Katanya, wanita berusia 20 tahun ketika kejadian sedang berjalan di kawasan perumahan tersebut sebelum tiba-tiba dipeluk dari arah belakang oleh suspek.

“Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka serta bertopi warna hitam itu kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya sedang mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 59 saat menunjukkan mangsa dirangkul dari belakang oleh suspek tular di media sosial, sejak semalam. K Online

Lelaki cabul wanita diburu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker