Langkah Lim: Chow enggan ulas

Langkah Lim: Chow enggan ulas

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow enggan mengulas dakwaan mengenai rancangan Adun DAP tertentu untuk menggantikannya dengan bekas ketua menteri Lim Guan Eng.

“Ini memang berita baharu kepada saya. Saya pun tidak baca lagi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.



“Saya akan (mengeluarkan) kenyataan apabila tiba masanya.”

Chow mengulas laporan Malaysiakini di mana tiga Adun DAP mendakwa terdapat desakan dalaman untuk menyekat Chow menjadi sebagai ketua menteri untuk penggal kedua.

Laporan itu juga berkata Adun tidak berpuas hati dengan prestasi Chow dan mendesak agar Lim kembali.

Ketika ditanya lebih lanjut, Chow juga berkata beliau tidak sedar jika ada rakan parti tidak berpuas hati dengan prestasinya.



“Mereka tidak pernah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap saya,” katanya.

Tiga Adun yang enggan dinamakan, mendakwa Chow tidak cekap sebagai ketua menteri dan “lembut dan lembab” dalam membuat keputusan melibatkan negeri itu.

Mereka berpandangan Lim sebaliknya, seorang pemimpin “tegas, kuat, dan berterus terang”, walaupun dianggap mempunyai reputasi sebagai seorang yang “sombong”.

Adun berkenaan juga mendakwa, Chow tidak melakukan “apa-apa” dalam penggal pentadbirannya dan projek mega dicadangkan di negeri itu – Pulau Pinang Selatan, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, dan projek terowong bawah laut – merupakan buah fikiran Lim.



Dalam pada itu, Chow berkata, pindaan melibatkan undang-undang tubuh negeri, diluluskan pada 2018, menyatakan Yang di-Pertua Negeri tidak boleh melantik mana-mana Adun yang sudah berkhidmat sebagai ketua menteri selama dua penggal, kembali menjadi ketua menteri.

“Pindaan itu sudah dipersetujui oleh semua Adun Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri. Itu sahaja yang boleh saya katakan memandangkan perkara berkenaan sedia diketahui umum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas sama ada undang-undang itu boleh digunakan secara retrospektif, yang berpotensi menghalang Lim daripada berkhidmat untuk penggal ketiga sebagai ketua menteri.

Dalam perkembangan berasingan, menurut Malay Mail Online memetik Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai berkata, laporan ada langkah menyingkirkan Chow sekadar khabar angin.



“Dilaporkan ada tiga Adun Pulau Pinang di sebalik langkah itu, namun saya tidak menerima apa-apa surat memorandum setakat ini. Jadi, ia hanya khabar angin,” katanya menurut laporan itu.

Langkah Lim: Chow enggan ulas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker