Kereta bawa 1.79 kg syabu terbabas rempuh tiang elektrik

Kereta yang membawa 1.79 kg syabu terbabas rempuh tiang elektrik di di Lubuk Jong, Kelantan, awal pagi tadi.

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki yang membawa dadah jenis syabu seberat lebih 1.79 kilogram bernilai RM49,500 untuk lolos daripada pihak polis, gagal apabila kereta yang dipandunya merempuh tiang elektrik di Lubuk Jong di sini awal pagi tadi.

Suspek yang berusia 21 tahun ditahan kira-kira pukul 1.50 pagi itu selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas melihat sebuah kereta berada di depan sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Lubuk Jong.

Menurutnya, kereta tersebut berada dalam keadaan mencurigakan apabila tingkap di bahagian pemandunya terbuka.

“Menyedari kehadiran pihak polis, lelaki tersebut bertindak mengundurkan keretanya dengan laju sehingga merempuh bahagian depan kereta polis.

“Pihak polis terus mengejar kereta terbabit sebelum ia terbabas di bahu jalan dan melanggar tiang elektrik,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudiannya menjumpai satu bungkusan plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat lebih 1.79 kilogram yang bernilai RM49,500.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkait kes dadah.

Tambahnya, lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker