Hamas beri amaran tentera Israel akan dibawa pulang dalam ‘beg mayat’

Hamas beri amaran tentera Israel akan dibawa pulang dalam ‘beg mayat’

Sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam, memberi amaran bahawa tentera Israel akan dibawa pulang ke rumah mereka dalam “beg mayat hitam”.

“Gaza akan menjadi sumpahan sejarah buat Israel,” kata jurucakapnya Abu Obeida, menurut South China Morning Post.



Ini selepas tentera Israel mendakwa telah mengepung bandar Gaza yang padat dengan penduduk berikutan perluasan operasi darat.

Al Jazeera melaporkan penasihat kanan krisis Amnesty International, Donatella Rovera sebagai mendakwa bahawa Israel telah menggunakan fosforus putih sebagai senjata di kawasan awam berdasarkan siasatan terhadap empat insiden pada 10, 11, 16 dan 17 Okt.

“Insiden yang berlaku menimbulkan kebimbangan kerana fosforus putih telah digunakan oleh tentera Israel pada masa lalu yang membawa kesan buruk kepada penduduk awam.

“Ini adalah sesuatu yang tidak boleh digunakan di kawasan yang terdapat orang awam. Ia bukan senjata terlarang – ia boleh digunakan di medan perang dan tentera menggunakannya secara sah – tetapi ia tidak sepatutnya digunakan di tempat yang ada orang awam,” katanya kepada Al Jazeera.



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, ketua kakitangan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Herzi Halevi berkata bandar Gaza dikepung dari tiga sisi dan tentera bertempur dalam jarak dekat.

Perkembangan terkini itu berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken menuju ke Israel dan Jordan untuk mengadakan rundingan mengenai genjatan senjata.

Blinken berkata dia bercadang membincangkan langkah konkrit untuk mengurangkan kemudaratan kepada orang awam di Gaza.

Terdahulu, Presiden AS, Joe Biden berkata konflik yang sedang berlaku yang telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban sejak 7 Oktober lalu, perlu dihentikan untuk sementara waktu.



Menurut BBC, dia membuat kenyataan itu selepas seorang mengganggunya ketika berucap dalam satu kempen di Minneapolis bagi menggesa supaya gencatan senjata diadakan.

“Saya rasa kita perlu henti seketika,” jawabnya, sambil menambah langkah itu akan membolehkan tebusan dibebaskan.

Dalam meneliti misi Blinken, BBC menyatakan bahawa diplomat AS mempunyai tugas mencabar – meyakinkan Israel tentang sokongan berterusan AS sambil meningkatkan tekanan untuk mengurangkan kemudaratan kepada penduduk awam di Gaza. Kemusanahan di wilayah Palestin itu meningkatkan ketegangan dengan jiran-jiran Arab Israel dan berisiko untuk meluaskan konflik.

“Blinken berkata dia mahu bercakap dengan pemimpin di seluruh rantau ini pada hari-hari mendatang mengenai cara memastikan keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.



“Merencanakan masa depan jangka panjang mungkin sukar, bagaimanapun, jika setiausaha tidak dapat memberikan jaminan baharu – dan bukti – kekangan Israel kepada pemimpin Arab apabila setiausaha bertemu dengan mereka pada hujung minggu,” tambahnya.

Sementara itu, dalam temu bual dengan BBC, warga Israel Yoni Asher, 37, yang isteri dan dua anak perempuannya masih menjadi tebusan, berkata kanak-kanak harus dihindari daripada konflik itu.

Menjawab soalan mengenai perasaannya terhadap laporan bahawa ribuan kanak-kanak telah terbunuh dan cedera di Gaza, dia menjawab: “Kanak-kanak adalah kanak-kanak, tidak kira dari negara mana mereka berasal.”

“Kanak-kanak perlu dihormati. Saya tidak boleh membenci walaupun anak-anak musuh saya. Bagaimana anda boleh membenci kanak-kanak?” tambahnya.



Hamas beri amaran tentera Israel akan dibawa pulang dalam ‘beg mayat’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker