Antartika kehilangan ais sebesar Argentina

Antartika kehilangan ais sebesar Argentina

ANTARTIKA: Pasukan saintis berusaha mencari punca bagaimana kawasan Antartika mengalami kehilangan sejumlah besar ais laut yang menyamai saiz negara Argentina tahun ini.

Setiap tahun, ais laut Antartika mengecut ke paras terendah menjelang akhir Februari semasa musim panas benua itu namun kemudian terbentuk semula ketika musim sejuk tiba.



Tetapi tahun ini saintis memerhatikan fenomena ekstrem apabila ais laut Antartika dilaporkan jatuh ke paras terendah yang tidak pernah berlaku, malah tidak kembali terbentuk mencapai tahap yang dijangkakan.

Menurut data dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan (NSIDC), ais di Antartika berada pada paras sekitar 1.6 juta kilometer persegi di bawah rekod rendah musim sejuk sebelumnya yang ditetapkan pada 2022.

Namun pada pertengahan Julai, data menunjukkan jumlah ais laut di kawasan berkenaan merudum hingga mencecah 2.6 juta kilometer persegi di bawah kadar purata yang dicatatkan sepanjang 1981 hingga 2010.

“Kehilangan ais tahun ini melibatkan jumlah terbesar sejak rekod diambil 45 tahun lalu. Kawasannya hampir sama besar dengan Argentina atau gabungan keluasan Texas, California, New Mexico, Arizona, Nevada, Utah dan Colorado.



“Fenomena ini sangat luar biasa dan kemungkinan besar hanya terjadi sekali dalam berjuta-juta tahun namun jelas memberitahu kami bahawa keadaan kini sudah berbeza dan perubahannya sangat radikal,” kata Ahli Glasiologi Universiti Colorado, Ted Scambos kepada CNN.

Menurut Scombos, antara faktor yang mencetus fenomena itu termasuk kekuatan angin barat di sekitar Antartika yang dikaitkan dengan peningkatan pencemaran dan pemanasan bumi.

Jelasnya, kekurangan ais laut memberi isyarat yang sangat membimbangkan terhadap perubahan iklim selain impak ketara kepada habitat penguin, anjing laut serta hidupan liar termasuk krill atau hidupan kecil mirip udang yang menjadi makanan ikan paus di rantau itu. Utusan

Antartika kehilangan ais sebesar Argentina



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker