[VIDEO] Filem pendek Tahun Baharu Cina TNB terima sambutan

KUALA LUMPUR: Filem pendek Tahun Baharu Cina terbitan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ‘Nian-tastic New Start’ menarik perhatian luar biasa selepas ditonton lebih 6.08 juta kali selepas seminggu dimuat naik di media sosial.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol, berkata filem pendek selama lima minit ini mendapat lebih 30,000 interaksi di platform media sosial termasuk YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

“Filem yang mengambil pendekatan menyeronokkan dan berbeza mengenai kisah lagenda Nian ini turut menerima 600 komen dan 5,900 reaksi.



“Sejak tayangan perdana di YouTube pada 2 Februari lalu, filem yang mengetengahkan hikmah dan cerita rakyat mengenai tradisi Tahun Baharu Cina itu menerima lebih 5,200 jumlah perkongsian di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di sebalik gelagat pelakon yang mencuit hati dan pendekatan unik terhadap lagenda Cina, filem ini meraikan semangat kegembiraan dan positif apabila penduduk kampung yang dihantui raksasa mitos Nian, mengembara bagi mendapatkan pertolongan mahaguru yang bijaksana bagi mengembalikan keamanan kepada kampung mereka.

Katanya, filem itu mengetengahkan mesej perpaduan dalam mengatasi kesukaran.



“Kepada pelanggan kami yang akan meraikan Tahun Baru Cina, saya ucapkan ‘xīn nián kuài lè’ atau Selamat Tahun Baharu.

“Dalam meraikan tahun lembu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa mengamalkan dan mengutamakan keselamatan elektrik,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker