Vida tuduh Anuar Zain gay, Ziana Zain anggap biadab

Vida tuduh Anuar Zain gay, Ziana Zain anggap biadab

Orang kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut menjawablah Datuk Seri Vida.

Situasi tersebut yang berlaku apabila penyanyi popular, penyanyi Ziana Zain tampil menempelak usahawan kosmetik itu yang sewenang-wenang menuduh adiknya, Anuar Zain mengamalkan gaya hidup songsang atau gay.



Katanya, usahawan kosmetik tersebut bertindak keterlaluan dengan secara kurang ajar apabila mengeluarkan tuduhan melulu dalam sesi secara langsung Instagramnya (IG Live).

“Sangat biadap,” itu maklum balas ditinggalkan penyanyi Puncak Kasih itu menerusi laman sosial seorang pengguna TikTok yang telah mengulang siar video IG Live usahawan berusia 51 tahun itu.

Daripada sesi berkenaan dapat dilihat Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar namun secara berbisik jelas kedengaran dia menyebut perkataan gay.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay!” kata penyanyi lagu I Am Me itu.



Sikap Vida yang selamba menilai kecenderungan seks orang mengikut pemahaman sendiri itu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, sehingga ada yang mencadangkan penyanyi lagu Sedetik Lebih itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida.

“Anuar boleh saman ini,” kata seorang netizen.

“Ini soal maruah, jangan buat main-main. Kaya tidak bermakna boleh menghina dan menfitnah orang lain sesuka hati,” komen seorang pengguna TikTok.

Terdahulu, pelbagai nama selebriti lelaki yang dicadangkan kepada Vida untuk dijadikan sebagai model dalam video muziknya dan yang paling dinanti-nantinya ialah Aweera. K Online



Vida tuduh Anuar Zain gay, Ziana Zain anggap biadab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker